01 October 2017

5 GAMBAR - INIKAH WAJAH 'BAKAL ISTERI' ZAMANI SLAM?


Vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 46, sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumahtangga setelah lama membujang.





Zamani bagaimanapun enggan mendedahkan sebaliknya mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti bakal isterinya itu dan akan memaklumkannya bila tiba waktunya.

Ini kerana penyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' yang mengakui sudah lama berkawan dengan bakal isteri itu enggan terburu-buru menguar-uarkan perancangan perkahwinannya kerana bimbang tidak menjadi kenyataan.

Terbaru, menerusi ruangan Cik Pang, sumbernya telah berkongsi gambar Zamani yang hadir ke majlis pernikahan anak pengurusnya dengan ditemani seorang wanita.

Klik untuk gambar besar


Menurut sumber Cik Pang yang rapat dengan Zamani, itulah wanita yang berjaya memenangi hatinya.

Bukan itu sahaja, sumber turut memberitahu bahawa Zamani dan 'buah hatinya' itu sebenarnya sudah mengenali antara satu sama lain hampir 10 tahun.

Cerita sumber itu, pada awalnya mereka hanya kenalan biasa dan akhirnya apabila sudah lama berkawan keakraban antara Zamani dan wanita terbabit membuahkan rasa cinta antara mereka.

Kata sumber ini lagi, bukan mereka tidak mahu bernikah tetapi ada beberapa perkara yang harus diselesaikan terlebih dulu antara mereka.



Bagaimanapun, sumber Cik Pang itu tidak mahu berkongsi mengenai 'perkara' yang mahu diselesaikan.

Biarlah Zamani dan 'teman istimewanya' saja yang tahu, cuma kami mengharapkan agar kali ini jodoh penyanyi itu sudah sampai dan wanita yang berjaya memenangi hatinya bakal menjadi suri hidup.

Apapun, kami turut sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Zamani dan rasanya peminat setia penyanyi bersuara lunak itu juga mengharapkan perkara sama.

Lama sangat Zamani membujang. Kalau sudah bernikah nanti sekurang-kurangnya ada orang yang dapat menjaga Zamani. Tak gitu?






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: