19 October 2017

BILA SHAHEIZY SAM TAYANG BADAN SADO, 'SIX PACK'


Pelakon Shaheizy Sam kelmarin sempat memuatnaik gambar dan menayangkan bentuk badan barunya yang mempunyai 'six pack' menerusi akaun Instagram miliknya.





Gambar tersebut telah mendapat perhatian peminat yang rata-rata memuji Sam kelihatan lebih seksi dan sado.

Kami tahu Sam memang sanggup berbuat apa sahaja demi menjayakan sesuatu watak yang diberikan kepadanya.

Demi membawakan watak Inspektor Khai dalam filem 'Polis Evo 2', Sam berusaha cukup keras untuk mendapatkan badan yang lebih tegap dan memenuhi ciri-ciri seorang 'supercop'.

Tahniah kami ucapkan kerana usaha Sam memang berbaloi kerana hasilnya cukup mengagumkan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Foto: Instagram Shaheizy Sam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: