19 October 2017

TOHMAHAN & KECAMAN: "SAYA OKEY, BUKAN DIA ORANG BAGI SAYA MAKAN" - AFIFAH


Baru-baru ini, pelakon Afifah Nasir sekali kali mendapat perhatian netizen apabila dikatakan dia telah memerli isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah.





Afifah yang memerli isteri Aliff dalam laman Instagramnya berhubung dengan pemakaian itu bagaimanapun berkata yang dia telah meminta maaf kepada Bella.

Kata adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini, dia tidak bermaksud untuk memerli pasangan selebrtiti itu.

"Dah selesai pun, saya dah minta maaf pada Bella melalui whatsapp kami bercakap di situ, so okaylah tak ada apa pun.

"Pasal baju tu saya whatsapp dia personally minta maaf sekiranya dia terasa ke apa, dia cakap okay dan tak ada apa pun," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Afifah lagi, sejak daripada peristiwa tersebut dia sudah lali dengan segala tohmahan dan kecaman orang ramai terhadap dirinya.

z'I don’t care what people nak cakap apa-apa pun, saya dah repeat benda ni dah banyak kali dari start kes tu lagi.

"Orang nak cakap apa pun, saya okay. At the end of the day, bukan dia orang bagi saya makan.

"Saya just move on dengan kehidupan dan karier saya," katanya yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi 'hangat' dengan penyanyi yang berasal Singapura itu.








www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: