Pada 15 Oktober lalu, pasangan selebiriti Amyra Rosli dan Amar Baharin telah menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka iaitu seorang bayi lelaki.

Bayi pasangan ini dilahirkan secara normal kira-kira pukul 12.07 tengah hari di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Keterujaan tersebut bukan sahaja dirasai oleh Amyra dan Amar, malah ia turut dikongsi oleh peminat yang meninggalkan komen.
Seperti pasangan selebriti lain, Amyra besama suami juga mewujudkan laman sosial untuk anak sulung mereka dengan nama akaun @amyramarjr.
Klik untuk gambar besar

Laman Instagram tersebut telah mengumpul lebih 44,100 pengikut semenjak ia dibuka pada 30 Mac lalu
Malah, angka pengikut kian bertambah selepas bayi tersebut selamat dilahirkan dan gambar tangan bayi tersebut mengenggam jari Amar, mendapat lebih 91,400 tanda suka.
Untuk rekod, Amyra dan Amar bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.





www.myartis.com / Sumber: mStar - Foto: Hlive, Amar Baharin IG & Amyra Rosli IG
________________________

No comments:
Post a Comment