18 October 2017

PEMUDA TAK KISAH BERJODOH - ANAK DATO' VIDA, CIK B TAK BENARKAN


"Ehemmm ehemmm….. saya takkan benarkan dia bersama mama saya sebab dia tu nak perhatian je," demikian kata anak perempuan kepada Dato' Seri vida iaitu Cik B menerusi laman Instagramnya.





Nampaknya hasrat pentadbir laman sosial Dato' Seri Vida, Ahmad Ikbal Zulkefli yang menerima jika takdirnya dijodohkan dengan wanita berusia 45 tahun itu tidak diterima oleh Cik B.

Pengakuan pemuda berusia 23 tahun itu mendakwa serasi dengan jutawan kosmetik tu dan bersedia berkahwin dengan wanita itu, bukan sekadar menjadi 'anak ikan' telah menerima reaksi ramai netizen termasuklah anak Dato' Seri Vida.

Klik untuk gambar besar


Ramai pengikut yang menyokong tindakan Cik B manakala ada juga segelintir yang meminta Cik B berfikiran lebih positif.

Kami perasan bahawa Cik B bersikap protektif dan defensif terhadap ibunya setelah wanita itu bercerai dengan suami ketiga baru-baru ini, dan itu normal.

Mungkin Cik B tidak mahu melihat ibunya dikecewakan lelaki lagi. Nampaknya Iqbal perlu berusaha lebih keras untuk memenangi hati Cik B.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: