18 October 2017

ISU 'BUAH HATI BARU': "SAYA BUKAN PEMINAT SEPERTI DIDAKWA SHAHIR" - MONA


Semua sedia maklum mengenai isu dimana bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Shahir Zawawi dikatakan sudah mempunyai 'buah hati baru' yang dikenali sebagai Mona Syamimi.





Enggan isu menjadi tanda tanya, Shahir yang tidak mudah melatah itu tampil menjelaskan situasi sebenar gadis yang dikhabarkan sebagai 'buah hati barunya' itu.

Kata Shahir, wanita yang bekerja sebagai pramugari 'Fireflyz' itu peminatnya dan hubungan mereka tidak lebih dariapda seorang kawan.

"Saya mahu jelaskan, dia adalah antara penyokong kerjaya artis Akademi Fantasia (AF). Saya seorang daripadanya, maka hubungan itu atas dasar peminat dan artis semata-mata.

"Saya tak ambil serius hal ini. Tapi orang yang membaca atau melihat mungkin akan salah tafsir dengan keterangan yang ditulisnya.

Klik untuk gambar besar


"Saya anggap keterangan gambar itu hanya luahan dia (Mona) kepada artis yang diminati. Jika diikutkan, ada peminat lain yang meletakkan kapsyen seumpama itu kepada artis pujaan," jelas Shahir.

Selain itu, Shahir juga tidak mahu perkara tersebut terus berpanjangan malah turut percaya bahawa Erra Fazira bijak mengawal situasi sebegini.

"Hati wanita mana yang mungkin tak terusik. Tapi saya percaya dengan pengalamannya di pentas seni, dia memahami permainan begini," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, wanita yang dikaitkan dengan Shahir itu menafikan kenyataan yang dikeluarkan penyanyi dan pelakon tersebut.



Jelas Mona, dia bukanlah peminat Shahir atau penyokongnya dalam AF Megastar seperti didakwa finalis AF Megastar itu malah tidak pernah pun meminati rancangan berkenaan.

Pada masa sama, Mona turut meminta Shahir membuka mulut untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungan mereka.

"Saya bukan peminat atau penyokong dia seperti yang didakwa. Saya tak minat pun program realiti tersebut," katanya diminta mengulas hubungannya dengan Shahir selepas gambar mereka keluar menjadi tular di media sosial.

Tambah Mona, dia mengenali Shahir menerusi laman Instagram dan mula rapat sejak sebulan lalu. Malah dia mengakui kerap keluar bersama Shahir secara berdua dan juga bersama teman-teman lain.



"Kami berkenalan kira-kira sebulan lalu menerusi Instagram dan boleh dikatakan kerap juga keluar berdua dan ada kalanya beramai-ramai. Cuma sekarang saya sibuk dan dia pula sibuk dengan final AF Megastar," tuturnya.

Dalam pada itu, Mona berkata, dia enggan mengulas mengenai hubungan tersebut sebaliknya meminta Shahir sendiri bercerita mengenainya namun hubungan mereka masih dalam fasa berkawan buat masa ini.

"Entahlah kami mungkin dalam fasa berkawan lagi. Apa-apa pun tanya dia semula tentang hubungan ini. Jangan sampai ada bukti lain pula keluar cukuplah," ujarnya.

Sementara itu, Mona mengakui dia juga mengetahui mengenai hubungan Shahir dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira.

"Ya, saya tahu tentang perkara itu tapi tidak seperti dilapor media," katanya.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: