18 October 2017

SUAMI NAFI CEROBOH, PECAH MASUK - EZLYNN DAH TAK TAHAN


Sebelum ini, penyanyi Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, mendakwa bawawa suaminya, Adam Fahmy Shamsudin, 38, telah memecah masuk rumahnya dan menceroboh barang-barang miliknya.





Namun begitu, suami Ezlynn telah tampil menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan rumah itu adalah milik mereka bersama.

Menurut Adam, beliau pulang ke kediaman mereka hanya untuk mengambil barang kepunyaannya sendiri.

"Saya sudah jelaskan kepada pihak polis dan mereka memberitahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Itu rumah hak milik bersama dan salahkah jika saya mahu pulang ke rumah saya sendiri? Rumah tersebut masih rumah saya dan dia juga masih isteri saya.

Klik untuk gambar besar


"Kes penceraian kami masih dalam perbicaraan dan sekarang dia mahu tuduh saya macam-macam? Kalau salah, saya sudah berada dalam penjara sekarang.

"Saya tak menyentuh barang-barang peribadi kepunyaannya dan hanya mengambil barang-barang saya sendiri yang sudah diletakkan di daalm kotak olehnya," jelasnya.

Dalam pada itu, Adam juga enggan komen lanjut mengenai dakwaan Ezlynn menanggung hutangnya dan hanya akan bercerita kebenarannya di mahkamah nanti.

Sementara itu, Ezlynn berkata yang dia tidak mampu lagi untuk berselindung demi menjaga maruah suaminya.



"Cukuplah buat saya macam ni, saya simpan rahsia dia sudah lama. Dulu, jika orang tanya, saya diam dan tidak mahu orang tahu perangai sebenar dia.

"Tapi sekarang dia sudah melampau. Saya sudah tidak tahan lagi, saya harap kes perceraian saya berjalan lancar," luahnya.

Tambah Ezlynn, kejadian berkenaan bukanlah kali pertama dilakukan oleh suaminya itu.

"Ini kali ketiga dia pecah masuk. Dia bukan tidak boleh cakap baik-baik kerana kunci ada pada kakak saya. Lagi pula barang yang dia ambil itu harta sepencarian, jadi selagi kes belum selesai dia tidak boleh ambil.



"Saya pun tidak tahu mengapa dia mahu ambil almari dan televisyen buruk itu, lebih baik dia beli sahaja yang baru.

"Sedangkan barang-barang dia yang saya sudah siap bungkuskan dia tidak mahu ambil pula," ujar penyanyi 'Hi Hi Bye Bye' yang membuat laporan polis terhadap kejadian berkenaan.

Untuk makluman, Ezlynn dan Adam mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Pada 20 April lalu, Ezlynn memfailkan permohonan cerai cara baik terhadap suaminya mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 23 Oktober depan untuk laporan hakam berhubung kes perceraian mereka selepas kedua-dua pihak tetap mahu meneruskan perceraian walaupun selepas melalui proses timbang tara.


www.myartis.com / Sumber: Utusan & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: