17 October 2017

NAFI 'ANAK IKAN' - JEJAKA 23 TAHUN TAK TOLAK JODOH DENGAN DATO' VIDA


"Pada saya, perbezaan usia antara saya dan DSV (22 tahun) tidak menjadi penghalang kerana yang penting adalah hati.

"Rupa pun bukan kerana ia hanya sementara. Dia mempunyai wawasan hidup yang jelas," tutur pembantu peribadi Dato' Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli.





Beliau yang berusia 23 tahun mengakui dirinya selesa meluangkan masa dengan usahawan terbabit dan tidak kisah andai berkahwin dengan Vida.

"Saya akui, kami serasi bersama dan sekiranya dia jodoh saya, saya terima kerana itu ketentuan Allah SWT. Sekiranya tidak, saya akan teruskan bekerja sebagai Pegawai Media dan Pembantu Peribadinya.

"Seandainya saya ada hati dan perasaan dengannya, biarlah, kerana pada saya itu tidak boleh dipaksa atau dinafikan.

Klik untuk gambar besar


"Apa yang penting saya tahu dengan amanah yang diberikan termasuk membantu dalam perniagaannya," jelasnya.

Dalam masa sama, Iqbal akui sedih dengan tanggapan sesetengah pihak yang menganggap dirinya sebagai 'anak ikan' sehingga sanggup berniat mengahwini wanita itu.

"Saya agak sedih apabila orang memperkatakan saya ini anak ikannya, sedangkan saya bekerja keras.

"Kalau hati betul-betul suka kami akan bincang untuk berkahwin, bukan jadi anak ikan kerana berkahwin itu halal, tetapi saya tetap kena berfikir panjang mengenai tohmahan yang akan diberikan.


www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: