17 October 2017

"JOY CHECK MENTAL SIKIT" - HAFIZ HAMIDUN


Penyanyi Hafiz Hamidun dalam satu kenyataan baru- baru ini dengan tegas mengatakan bahawa usahawan kosmetik, Joy Revfa mempunyai masalah mental dengan memburukkan maruahnya begitu teruk sekali dengan terbuka di sidang media.





"Dalam halusinasi ke dilunasi ke? Check mental sikit jangan nak sedap kejap menangis, kejap gembira, nak puas hati.

"Saya bukan nak burukkan sesiapa tetapi dia dah burukkan saya level paling tinggi," tuturnya.

Pada masa sama, Hafiz mendakwa kenyataan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, untuk berdamai adalah fitnah sama sekali.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak pernah lakukan hubungan kelamin dengan. Dia yang bangkitkan isu itu. Dia buat orang tertanya-tanya apabila mengatakan bersumpah telah bersama.

"Dari dulu saya kata jangan layan, tak payah tulis, dia nak bagi tau juga, jadi kamu tanggunglah sendiri.

"Dia sekarang cuba mengatakan bahawa dia dah cuba cara berdamai, come on jangan menipulah. Kita tak nak cari publisiti pun. Sebenarnya banyak hikmah perkara ini," kata Hafiz.

Apapun semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul lagi isu dan pergaduhan lain.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: