17 October 2017

BERBIKINI TUNJUK 'AURAT' - NUR SAJAT TERIMA KECAMAN


Sejak akhir-akhir ini, usahawan terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman sering berkongsi gambar mesra bersama teman lelakinya yang merupakan seorang jurulatih kecergasan di pusat gimnasium iaitu Coach Yin, menerusi Instagram.





Terbaru, Sajat ada berkongsi gambar dirinya meluangkan masa bersama teman lelaki dan juga dua anak angkatnya di taman tema air.

Namun begitu, gambar yang menunjukkan Sajat bersahaja memakai bikini hitam bersama teman lelakinya yang juga hanya berseluar pendek, tidak berbaju itu telah menerima kecaman.

Ramai yang mula mempersoalkan isu 'aurat' Sajat memandangkan beliau tegas mengatakan dirinya sebagai perempuan dengan memakai pakaian yang menjolok mata.

Klik untuk gambar besar


Menerusi entri itu, selain Sajat, Coach Yin juga turut menjadi mangsa kecaman peminat yang mendakwa beliau sebagai 'geng kunyit'.

Ada juga yang mempersoalkan tugas pihak berkuasa yang dianggap melihat saja hubungan 'sejenis' mereka. Tetapi apa yang lebih menarik lagi, ada pula yang mengangumi 'kebahagiaan keluarga kecil' mereka.

Apapun tidak kisahlah jantina apa sekalipun, masing-masing ada 'aurat' yang perlu dijaga. Tidak salah untuk berkongsi gambar tapi mungkin lebih beringat dan menjaga sensitiviti sebelum memuatnaik sesuatu.






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: