17 October 2017

5 GAMBAR - SHAHIR AF KINI PUNYAI 'BUAH HATI BARU'?


Semua sedia maklum mengenai hubungan bekas juara Akademi Fantasia musim ke 8 iaitu Shahir Zawawi, 29, dengan pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira.





Namun begitu, Shahir menerusi Berita Harian, memberitahu bahawa beliau enggan menjaja kisah hubungannya dengan Erra, sebaliknya menumpukan perhatian pada saingan akhir program realiti, AF Megastar, hujung minggu ini.

Bagaimanapun, Shahir berkata yang beliau tidak menolak andai jodohnya adalah dengan ibu kepada Engku Aleesya ini.

"Saya tidak mahu dikatakan terlalu menjaja perkara ini (perhubungan dengan Erra). Oleh itu, lebih baik sekiranya saya melangsaikan dulu tugas di pentas AF Megastar.

Klik untuk gambar besar


"Apa yang boleh saya katakan, sekiranya ada jodoh antara kami, pastinya saya akan membuat pengumuman rasmi mengenainya.

Terima kasih kerana memahami situasi saya," ujar penyanyi yang popular menerusi lagu 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan'.

Tapi baru-baru ini menerusi entri terbaru di BeautifulNara, Shahir dikatakan mempunyai 'buah hati baru' yang dikenali, Mona Syamimi.

Meskipun, berita ini masih tiada kesahihan tetapi ada beberapa gambar menunjukkan Shahir dan wanita ini sering meluangkan masa bersama.



Malah kepsyen pada beberapa gambar yang dimuatnaik di Facebook wanita itu boleh dikatakan sangat 'sweet' seperti pasangan kekasih.

Menerusi perkongsian di laman sosial wanita ini juga dikhabarkan turut hadir melihat persembahan Shahir di AF Megastar baru-baru ini.

Selain memuatnaik gambar Shahir dari jauh, beliau juga turut memberi ucapan selamat berjaya berserta dengan kepsyen bentuk hati buat Shahir.



Lebih menguatkan lagi dakwaan, gambar profil di laman sosial juga diletakkan gambar bersama. Pastinya kalau kawan tidaklah sampai berbuat begitu bukan.

Apa yang menariknya, wanita tersebut difahamkan bukan calang-calang, khabarnya seorang pramugari 'Fireflyz'.

Tapi agak pelik jugalah, dikala gosip percintaannya dengan Erra masih tiada jawapan, timbul pula kekasih baru.

Apapun jika benar cerita ini, harapnya Shahir boleh tampil jelaskan perkara sebenar.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & BeautifulNara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: