16 October 2017

MAJLIS NIKAH & RESEPSI - IZARA AISHAH MAHU GUNA DUIT SENDIRI


"Saya bukannya menolak penajaan tetapi tidak ada sesiapa yang tahu saya bakal berkahwin pada tarikh ini. Lagi pun, saya memang merancang nak mengeluarkan perbelanjaan sendiri.





"Ini kerana saya ada cita rasa sendiri. Alhamdulillah, buat masa sekarang sudah 50 peratus persiapan sudah dilakukan.

"Saya berharap segala dirancang berjalan lancar sehingga majlis nanti," jelas pelakon Izara Aishah, 25, yang ingin menggunakan duit sendiri untuk majlis nikah dan resepsinya bersama tunang, Adib Khalid.

Sebelum ini, pasangan ini mengesahkan bakal melangsung majlis pernikahan meraka pada 17 November depan.

Klik untuk gambar besar


Tambah Izara lagi, majlis itu bakal diadakan secara tertutup yang hanya membabitkan ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

"Oleh itu, saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua. InsyaAllah, majlis resepsi juga pada hari sama.

"Kedua-dua majlis diadakan di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan majlis resepsi sebelah lelaki. Bagi saya, ia lebih mudah untuk semua jemputan," katanya.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: