16 October 2017

ISTERI TMJ SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA, LELAKI


Tahniah kami ucapkan buat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan anak kedua mereka iaitu seorang bayi lelaki.





Difahamkan, putera sulung TMJ dan isteri yang lahir pada 14 Oktober lalu itu telah dinamakan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

Pengumuman kelahiran berkenaan diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan.

Klik untuk gambar besar


Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim merupakan cucu kedua Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Untuk makluman, TMJ dan isteri yang melangsungkan pernikahan pada 2014 itu sebelum ini telah dikurniakan seorang puteri, Tunku Kalsom Aminah Sofiah Tunku Ismail yang lahir pada 25 Jun tahun lalu.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak - Foto: Facebook Johor Southern Tigers


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: