02 October 2017

BILA WAK DOYOK PILIH MISAI, JAMBANG DARI 1 JUTA


"Pernah sebelum ini ada pihak tawarkan saya RM1 juta untuk berbuat demikian tetapi saya tolak... tak sanggup!," kata ikon fesyen, Wak Doyok yang mendedahkan dia pernah ditawarkan bayaran lumayan tersebut dengan syarat dia perlu memotong misai dan jambangnya demi projek amal.





Kata pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, 38, ini, dia bagaimanapun menolak tawaran itu walaupun ia untuk tujuan murni kerana tidak sanggup mengubah imej yang sudah menjadi sebahagian daripada dirinya.

Bintang filem 'Abang Long Fadil 2' (ALF2) ini juga menegaskan dia juga tidak akan melakukan perkara sama sekiranya ada tawaran berlakon memerlukan dia mengubah penampilan wajahnya.

"Saya memang tidak pernah terfikir untuk mencukur misai dan janggut kerana ini adalah diri saya. Jika ada tawaran memerlukan saya mencukur jambang dan misai, saya tidak akan terima dan anggap ia bukan rezeki saya," ujarnya.

Bercakap mengenai karier lakonannya, Wak tidak melihat kejayaan ALF2 adalah alasan untuknya bersikap 'demand' terhadap tawaran berlakon pada masa hadapan.

Klik untuk gambar besar


Sebaliknya kata Wak, jika sesuatu watak ditawarkan itu kena dengan dirinya dia akan terima dan bayaran menjadi soal kedua.

"Tidaklah kerana filem ini berjaya saya pun hendak meninggi diri kerana kejayaan Abang Long Fadil 2 adalah atas usaha semua.

"Saya pun masih baru dalam industri jadi soal 'demand' tidak timbul malah ia soal kedua, paling penting tawaran itu sesuai dengan saya," tuturnya yang kini sudah mula bergelar pelakon sejak membintangi ALF2.

Kami faham, tanpa misai dan jambang bukanlah Wak Doyok namanya! Apapun selamat maju jaya buat Wak dalam industri hiburan dan semoga sukses selalu.












www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: