03 October 2017

TERIMA KOMEN BERBAUR LUCAH: "PERCAKAPAN MELAMBANGKAN IQ" - KILAFAIRY


Selain ada yang menegur agar lebih bersopan santun dalam memilih pakaian, pelakon Kilafairy, 25, turut menerima komen berbaur lucah gara-gara berkongsi gambar badan melentik dan menonjolkan 'asetnya'.





Selain kritikan ada juga segelintir yang memuji kecantikan bentuk badan Kilafairy yang kelihatan langsing.

Menurut anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini, dia tidak boleh menghalang apa yang orang nak kata atau bercakap tentangnya.

"Mulut orang tak boleh nak tutup. Jadi, biarlah mereka nak cakap apa. Percakapan mereka itu melambangkan IQ mereka.

Lagipun, mereka yang juga tolong lihat karya-karya saya. Kami memerlukan satu sama lain," katanya yang tidak melatah dan hanya membiarkan sahaja netizen memenuhi ruang komen tersebut.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Wak Doyok juga pernah meninggalkan komen berbaur lucah sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi terhadap selebriti tersebut.

Bagaimanapun bukanlah semua komen yang ditinggalkan adalah berunsur lucah kerana ada juga wanita yang turut mengidamkan bentuk badan seperti pelakon wanita tersebut.

Selain itu, dalam masa yang sama juga, Kilafairy sebenarnya turut mempromosikan produk kesihatan yang memberikan tumpuan kepada pelansingan badan. Mungkin salah satu cara untuk promosi juga bukan?














www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: