03 October 2017

TIADA TAWARAN LAKONAN - FATHIA LATIFF PERCAYA REZEKI ADA DIMANA-MANA


"Saya percaya rezeki di tangan Tuhan. Walaupun sebagai manusia kita sentiasa takut akan kehilangan rezeki atas perbuatan yang pernah kita buat yang pada pandangan masyarakat ia memberikan implikasi buruk, tetapi rezeki itu sudah ditetapkan. Andai ia milik kita ia tetap menjadi milik kita.





"Saya juga selalu mengingatkan diri rezei banyak ruang dan cabang. Sebelum pelbagai isu membabitkan diri saya timbul, saya bukan saja selebriti tetapi juga ahli perniagaan dan duta produk.

"Jadi pada saya rezeki Insya Allah ada di mana-mana saja. Saya percaya bila kita sentiasa sabar sabar dan redha dengan kententuan, Allah akan letak rezeki untuk kita.

"Cuma dalam waktu yang sama, sebagai manusia kita kena berusaha," kata pelakon Fathia Latiff yang percaya bahawa rezeki itu di tangan Tuhan.

Klik untuk gambar besar


Selepas kontroversi itu, Fathia akui bahawa setakat ini memang tiada sebarang tawaran lakonan yang diterimanya.

Terdahulu, Fathua telah digugurkan daripada membintangi drama bersiri 'La Luna' kerana masalah disiplin diikuti kontroversi rakaman video 'Bigo Live'.

Video yang menyaksikan Fathia berhibur bersama pelakon baru sehingga menampakkan sebahagian payudara membuatkan ramai beranggapan kerjaya lakonan Fathia bakal berakhir dan musnah.

Dalam pada itu, Fathia juga turut memaklumkan yang dia sebenarnya keberatan untuk menerima tawaran membintang drama 'La Luna'.



"Saya sebenarnya memang keberatan mahu menerima tawaran membintangi La Luna pada peringkat awal tetapi selepas dipujuk, saya buat juga demi kawan-kawan. Sebenarnya memang sudah tertulis bukan rezeki saya.

"Hendak kata saya buat syarat selepas ini, sebenarnya saya seperti pelakon lain akan melihat watak perwatakan, jalan cerita, pengarah dan produksi mana sebelum ini.

"Tiada apa pun perubahan atau syarat untuk saya bekerja. Cuma selesa bekerja dengan produksi yang memahami saya agar memudahkan kedua-dua pihak," jelasnya.

Apapun, semoga rezeki Fathia di dalam bidang lakonan tidak tertutup selepas kontroversi yang berlaku dan masih ada sinar harapan untuknya.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: