Baru-baru ini penyanyi dari lndonesia yang popular dengan lagu-lagu ketuhanan iaitu Opick dikhabarkan nyaris bercerai dengan isteri pertamanya setelah dia berkahwin lagi.

Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus, 43, bagaimanapun tampil menafikan khabar angin mengenai rumah tangganya sedang bergolak.
"Alhamdulillah, aman di rumah. Tiada apa-apa pun sebenarnya. Teman-teman sahaja yang besarkan cerita. Saya memilih untuk berdiam. Jadi, doakan yang baik-baik sahaja," katanya.
Opick ketika ditemui media sewaktu majlis pelancaran album terbarunya, 'Allah Bersamamu', dilihat kurang selesa untuk membicarakan isu berkenaan. Namun begitu, Opick tidak menafikan dakwaan mengenai dirinya yang beristeri dua.
Klik untuk gambar besar

Becakap mengenai album 'Allah Bersamamu', ia merupakan album ke-19 dihasilkannya. Album berkenaan memuatkan 10 lagu baharu yang diinspirasikan daripada situasi di Rohingya, Syria dan Palestin.
Menurut Opick, lagu-lagu dalam album ini boleh dijadikan peneman bagi mereka yang sedang berduka atau bersedih.
"Ketika kamu bersedih, waktu bersendirian, ingatlah Allah ada bersamamu," ujarnya yang turut menyampaikan dua lagu baharu berkenaan dan 'Sembunyikan Duka' ketika majlis tersebut.

www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment