03 October 2017

SESAK NAFAS SELEPAS PROGRAM - JALALUDDIN HASSAN KINI STABIL


Mengalami sesak nafas selepas menjadi tetamu program bual bicara saluran TV AlHijrah, 'Assalammualaikum' pada pagi semalam, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan kini dilaporkan stabil.





Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Datuk Izelan Basar berkata, pelakon berusia 63 tahun baru sahaja menjalani menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan kini sedang menunggu keputusannya.

"Alhamdulillah, Datuk Jalaluddin stabil. Beliau juga baru sahaja menjalani imbasan CT Scan bagi mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkannya sesak nafas.

"Kami ada menghantar wakil ke hospital dan akan sentiasa memantau perkembangan kesihatan beliau," maklumnya.

Pelakon filem 'Desolusi' itu difahamkan mengalami sesak nafas sewaktu berjalan menuju ke keretanya selepas berakhirnya program terbabit

Ambulans tiba di lokasi tempat letak kereta sekitar pukul 10.30 dan membawa Jalaluddin ke Hospital Kulaa Lumpur.

Klik untuk gambar besar


"Selepas selesai siaran langsung di Studio TV AlHijrah di Pusat Islam, kira-kira jam 10 pagi tadi, beliau kelihatan sihat dan meminta diri untuk pulang.

"Dia berjalan kaki ke tempat letak kereta berdekatan Muzium Kesenian Islam, bersebelahan kompleks penyiaran kami.

"Ketika tiba di kawasan parkir, Jalaluddin mengalami sesak nafas dan segera menghubungi anaknya bagi memaklumkan dirinya berasa tidak sihat," kata Datuk Izelan sebelum ini.

Tambah Datuk Izelan, bagaimanapun cubaan anaknya untuk menghubunginya semula tidak berjawab.

"Bimbang akan keadaan ayahnya, anaknya menghubungi ambulans dan memaklumkan keadaan kesihatan serta lokasi ayahnya.

"Ambulans yang tiba di lokasi kira-kira jam 10.30 pagi terus membawa beliau ke Hospital Kuala Lumpur," ujarnya.

Datuk Jalaluddin dijemput sebagai tamu program terbabit untuk berkongsi pengalaman membina keluarga bahagia serta tip ke arah kestabilan hubungan keluarga.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: