04 October 2017

BOY IMAN DITAHAN REMAN - NASSIER WAHAD HARAP IA SEGERA SELESAI


"Saya sendiri berasa sedih dengan apa yang berlaku kerana adalah di luar jangkaan," ujarnya penyanyi Datuk Nassier Wahab yang turut berasa sedih dan berasa terkilan dengan kekecohan berkaitan syarikat perumahan yang diterajui oleh Datuk Boy Iman (DBI) sehingga pelakon itu ditahan polis.





Nassier yang juga duta kepada syarikat perumahan mampu milik itu berkata, apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya dan dia berjanji untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam masa terdekat.

"Saya masih belum berkesempatan untuk bertemu Datuk Boy kerana baru pulang dari Makkah dua hari lepas. Keadaan kesihatan saya juga tidak mengizinkan untuk berjumpa dengannya.

"Isu dibangkitkan adalah mengenai syarikat diberi nama DBI Property dan saya pula dilantik menjadi duta untuk syarikat DBI Technology.

Klik untuk gambar besar


"Saya juga dimaklumkan penahanan dia adalah bagi membantu siasatan tentang syarikat lamannya iaitu DBI Property.

"Insya-Allah bila kes ini sudah reda saya akan bertemu Boy Iman untuk membincangkan jalan penyelesaiannya," katanya.

Nassier diminta mengulas tentang penahanan Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Dalam masa sama, Nassier juga berharap segala kekecohan ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.



"Saya berdoa kepada Allah agar semua kekusutan yang berlaku ini dapat diselesaikan segera," tururnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

"Pihak kami telah menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh dua syarikat berkenaan melibatkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta”



"Syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

"Bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan," jelasnya dalam kenyataan.

Selain itu, pihak polis turut merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, BMW E92, tiga unit telefon bimbit, sjil doktor falsafah daripada Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: