04 October 2017

"SEDIH USAHA 'PECAH TEMBOK' DIKECAM & TAK DIHARGAI" - NEELOFA


Kita semua mengetahui bahawa Noor Neelofa merupakan seorang pelakon, pengacara, berjaya dalam perniagaan, mempunyai jumlah pengikut ramai di laman sosial dan merupakan duta kepada banyak produk.





Malah ia sudah tentu kepopularitian yang dikecapi sebagai seorang selebriti berhijab menyebabkan apa sahaja yang dilakukan oleh Neelofa menjadi perhatian ramai.

Maka netizen juga banyak menegur Neelofa sekiranya melihat gaya fesyen yang dipakai olehnya tidak bersesuaian dengan imej seorang wanita berhijab.

Namun kadangkala komen dan kritikan oleh netizen kepada Neelofa adakalanya sehingga boleh menyakitkan hati.

Klik untuk gambar besar


Dek kerana itu, Neelofa mengakui agak sedih dengan komen-komen yang diterima, seolah-olah segala usaha yang dilakukannya dalam menaikkan martabat wanita berhijab tidak dihargai.

Meskipun begitu, ada juga netizen yang menghargai segala perjuangan yang dilakukan Neelofa.

"Saya sedih apabila netizen yang mengecam ini langsung tidak menghargai dan melihat usaha dalam memecahkan tembok wanita berhijab di Malaysia menghadiri forum ini.

"Saya cuba mengubah streotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke depan. Malangnya apa yang mereka nampak semuanya negatif sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dengan penampilan saya waktu itu.



"Saya kagum dengan sikap mereka yang tidak menghukum wanita bertudung. Mereka sangat terbuka dengan penampilan saya dan menghormati saya sebagai seorang wanita Islam.

"Apabila menyentuh mengenai fesyen, saya akui gemar bereksperimentasi dan setiap gaya yang diterjemahkan perlulah mengikut batas yang perlu dipatuhi.

"Jika dulu wanita takut dan tidak berani mengenakan tudung dan sering memberikan pelbagai alasan. Sekarang saya percaya dengan penampilan bertudung saya ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan mengubah perspektif mereka terhadap wanita bertudung.



"Saya percaya mereka yang mengkritik tidak tahu mengenai fesyen baru. Jadi, saya perlu beri mereka ruang untuk mengetahui gaya fesyen terkini dan lambat-laun mereka pasti dapat menerimanya," katanya.

Bak kata orang, kritikan itu adalah tanda sayang. Kadangkala memang teguran itu pedas dan sukar diterima, namun bila direnung kembali, akan ada kebenaran dan hikmahnya.

Neelofa juga harus bersikap lebih terbuka menerima teguran. Perlu diingatkan tanpa peminat, Neelofa tidak mungkin akan boleh berjaya seperti hari ini.

Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Neelofa yang berusaha menaikkan martabat wanita berhijab. Semoga terus kekal istiqamah dalam perjuangan ini.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: