04 October 2017

NORMAH DAMANHURI TERIMA JIKA ZULIN & AHYA BERJODOH


"Tak ada istilah nak kawal. Dia kena berkawan dengan si polan itu dan ini. Sesiapapun pilihan Ahya pada masa mendatang untuk dijadikan isteri, saya setuju. Ini termasuklah kalau pilihannya itu Zulin. Siapa jodoh dia saya terima.





"Soal jodoh atau hal ini susah nak saya rungkai. Salah cakap nanti jadi cerita lain. Cuma saya lihat Zulin seorang yang sangat baik. Saya sukakan dia. Dia anak yang baik.

"Cuma dalam soal pilihan, terpulang pada Ahya," kata pelakon Normah Damanhuri yang memberitahu yang dia menerima jika Zulin berjodohan dengan anaknya, Ahya Rosli.

Dalam masa sama, Normah juga tidak pernah mendesak atau memaksa Ahya dalam menentukan pasangan hidup.

Klik untuk gambar besar


Normah juga berkata yang dia hanya menunggu Ahya memberitahu siapa pilihan hatinya untuk dia sendiri datang meminang.

"Mengikut apa yang mereka kata, hanya kawan rapat. Sejauh mana itu susah nak cakap. Saya sendiri tunggu Ahya bukan mulut siapa dia suka. Dia cakap siapa yang berkenan. Boleh saya hantar rombongan meminang," ujarnya.

Dalam satu kapsyen di Instagram, Zulin dilihat seolah-olah sudah bersedia dengan berkahwin.



"Bahagia bila ada yang mencintai kita kerana diri kita yang kadang buruk dimata orang lain. Bimbinglah saya. InsyaAllah saya jadi isteri dan ibu yang baik satu hari nanti, amin," tulis Zulin.

Umum mengetahui bentuk tubuh Zulin Aziz yang semakin langsing ialah kerana dia dilatih oleh model kecergasan iaitu Ahya. Kedua-duanya rapat dan dikatakan bercinta walaupun Zulin menafikannya.

Zulin juga sangat rapat dengan Normah sehinggakan dia sendiri membuat pengakuan bahawa wanita kedua yang dianggap seperti ibunya selain ibu kandung ialah Normah semasa sambutan Hari Ibu baru-baru ini di Instagram.

Apapun, kami harap Zulin akan berbahagia walau dengan siapa pun dia bakal berkahwin sama dengan Ahya atau dengan orang lain.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: