26 October 2017

CERAI TALAK SATU 'BA'IN SUGHRA' - HAFIZ & JOY RASA SYUKUR, LEGA


Setelah sekian lama krisis rumah tangga yang melanda penyanyi Hafiz Hamidun, 33, dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa, 30, akhirnya menemui titik terakhir apabila pasangan ini telah disahkan sudah bercerai talak satu.





Hafiz melafazkan cerai terhadap Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shukran Yusof, petang semalam.

Mahkamah memaklumkan, talak satu 'ba-in Sughra' itu dijatuhkan kerana pasangan berkenaan tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Mahkamah juga memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua belah pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan.

Klik untuk gambar besar


Tiada tempoh edah bagi perceraian 'ba-in Sughra' ini kerana pasangan berkenaan tidak melakukan hubungan kelamin dan mereka tidak boleh rujuk kecuali melalui proses akad nikah semula.

Hafiz yang ditemani pengurus Nasir Deraman dan peguam Azmi Mohd Rais itu tiba di mahkamah pada pukul 2.30 petang.

Hafiz selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 12 Oktober lalu.

Sementara itu, Hafiz yang ditemui memberitahu bersyukur kerana kes berkaitan krisis rumah tangganya yang menjadi tatapan umum akhirnya selesai.



"Akhirnya selesai selepas perjalanan krisis ini yang panjang ini. Saya maafkan dia dan semua yang telah berlaku kerana sebagai manusia saya juga tidak lari dari kesilapan

"Walaupun kami tidak mahu pengakhiran sebegini, saya pasti ada hikmah di sebaliknya. Saya pelajari sesuatu dalam kes ini dan boleh dijadikan iktibar untuk saya dan orang lain," katanya.," ujarnya.

Manakala Joy yang diwakili peguam Aznor Suhaida Dolah juga meluahkan rasa lega dengan dan ingin meneruskan kehidupan baharu.



"Saya dan seisi keluarga berasa lega dan saya mahu fokus kepada anak dan perniagaan," tuturnya.

Konflik rumah tangga Joy dan Hafiz tercetus selepas Hafiz berasa ragu-ragu dengan status perkahwinan mereka apabila Joy gagal menyerahkan sijil perceraian perkahwinan pertamanya.

Pada Ogos lalu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Subang Bestari.

Hafiz bernikah dengan Joy yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun hasil perkahwinan terdahulunya pada 1 Mei lalu.








www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: