26 October 2017

ZAHIRAH MAHU KAMAL ADLI TAMPIL MENGAKU, BERSIHKAN NAMANYA


"Saya bagi muatnaik screenshot perbualan saya dengan Kamal sebab saya masih nampak nama saya dipetik dalam kenyataan Emma- putus hubungan.





"Saya terus mesej Emma tanyakan hal itu, lepas tu Emma bagi mesej dari Kamal cakap saya terhegeh-hegeh dekat dia sebab itulah saya marah.

"Sebelum ini cakap kami tiada apa-apa sekarang cakap kat Emma saya pula terhegeh-hegeh dekat dia, mestilah Emma sakit hati," kata pelakon Zahirah Macwilson yang idak tahan namanya terus dipersalahkan menjadi punca perpisahan Emma Maembong dan Kamal Adli.

Menurut Zahirah yang tampil menjelaskan keadaan sebenar, Kamal seolah menjadikan dirinya seperti kambing hitam dan memetik namanya sesuka hati dalam beberapa hal hingga menyebabkan Emma bersangka buruk.

"Kalau dah buat salah mengaku, jangan libatkan orang lain. Tiga minggu lepas saya ada berjumpa dengan Kamal, Emma dan Zul untuk selesaikan masalah ini.

Klik untuk gambar besar


"Saya jelaskan perkara sebenar pada Emma, siap salam sebab ingat dah selesai. Tiba-tiba ada kenyataan dari Emma masih kaitkan nama saya lagi dalam hubungan mereka.

"Saya tak pernah keluar berdua dengan dia. Saya rasa macam kena tikam belakang sebab Kamal suka putar belitkan keadaan. Kalau saya nak sorok apa-apa saya tak akan ajak Emma untuk berjumpa," tuturnya.

Selain itu, Zahirah turut mendedahkan sikap Kamal yang tidak jujur pada Emma dengan menyorokkan beberapa perkara.

Malah Zahirah sendiri tidak tahu namanya dipetik dalam cerita yang direka oleh Kamal, sehingga membaca kenyataan hubungan Emma dan Kamal putus pada semalam.



"Saya faham Emma sakit hati dengan apa yang Kamal cakap pasal saya depan dia, tapi apa yang Kamal cakap pada Emma hanya ingin selamatkan dirinya saja.

"Dia kata dia akan jawab dengan media, tapi saya tahu dia tak akan mengaku salah dia. Sekarang semua sudah tunding jari pada saya," ujarnya.

Sementara itu, Zahirah mengaku hubungannya dengan bintang 'Tombiruo', Zul Ariffin, tidak goyah walaupun dikaitkan menjadi punca keretakan hubungan cinta antara Emma Maembong-Kamal Adli.

Namun, Zahirah yang tiga tahun menjalin hubungan dan Zul, mahu Kamal tampil membersihkan namanya bagi menamatkan kontroversi itu secepat mungkin.



"Ikutkan, saya dan Zul malas hendak melayan hal ini. Tetapi selepas menimbang baik dan buruknya, saya perlu menjelaskan perkara sebenar.

"Saya berada di pihak benar dan tak perlu berselindung. Segala-galanya sudah terbukti dan tidak perlu menegakkan benang yang basah," jelasnya.

Pelakon drama 'Duda Pujaan Dara' itu mengakui tidak benci Emma walaupun namanya dikaitkan dalam kontroversi terbabit.

"Saya dan Emma tidak bermusuh. Sebagai wanita, saya amat memahami perasaannya dengan apa yang dilalui. Saya juga dapat rasakan sakit hatinya.



"Cuma, saya rasa tidak perlu bercakap apa-apa lagi mengenai Kamal. Saya memang rasa dimanipulasi dan seperti 'kambing hitam' dengan apa yang dilakukannya.

"Dia memalitkan saya untuk selamatkan dirinya. Saya profesional dan masing-masing tahu ada kekasih," kata Zahirah.

Mengenai insiden menonton wayang dan berhibur di pusat karaoke dengan aktor terbabit, Zahirah menegaskan mereka tidak keluar berdua-duaan, sebalik bersama rakannya yang lain.

"Kisah berhibur di pusat karaoke pula, sebenarnya majlis itu sempena tamat penggambaran drama Duda Pujaan Dara. Saya dapat tahu, majlis itu ditaja oleh Kamal. Saya hadir kerana ia membabitkan produksi," jelasnya.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: