26 October 2017

9 FOTO - SUASANA MAJLIS AKIKAH ANAK SULUNG NUBHAN, AAFIYA KAMILIA


Penyanyi Nubhan dan isterinya, Afifah Hidayah baru-baru ini telah mengadakan majlis akikah untuk anak sulung mereka, Aafiya Kamilia yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.





Majlis yang berlangsung di Seremban dengan penuh meriah itu dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan juga rakan-rakan terdekat pasangan ini.

Momen-momen indah sekitar majlis tersebut telah dikongsikan oleh Nubhan menerusi akaun Instagram miliknya khas buat tatapan peminat.

Klik untuk gambar besar


Ruangan komen di Instagram Nubhan juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya yang begitu teruja dan memuji anak perempuannya itu cukup comel.

Pada majlis berlangsung, Nubhan dan isteri kelihatan manis memakai baju sedondon berwarna ungu, manakala anak perempuan mereka pula comel memakai gaun berona putih.

Nubhan dan Afifah yang kini bekerja sebagai doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 di kediaman isterinya di Seremban.
















www.myartis.com / Foto: Nubhan IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: