26 October 2017

ISU HAMIL LAGI: "ITU USIKAN SAJA, SAYA TAK AKAN SEMBUNYI" - CHE TA


Sebelum ini kecoh seketika industri hiburan apabila ada ura-ura mengatakan pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa kini sedang hamil.





Dek kerana khabar itu, ramai yang teruja namun sebenarnya isteri kepada pelakon Zain Saidin ini tidak hamil.

Bukan sahaja didakwa tampak berisi kerana hamil, menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila salah seorang teman rapat Che Ta turut mengusik pelakon itu mengenai Aaisyah Dhia Rana yang bakal menimang adik baru.

Bagaimanapun, Che Ta menafikannya dan menganggap ianya usikan saja. Jelas Che Ta, badannya berisi sedikit bukanlah hamil tetapi mungkin kerana berat badan yang bertambah.

"Saya tak hamil, semua itu usikan saja. Kalau betul hamil, saya tak akan sembunyikan perkara yang baik. Mungkin kerana badan saya berisi, ingat saya hamil. Saya lebih percaya kepada kualiti berbanding kuantiti”

Klik untuk gambar besar


"Buat masa ini cukuplah dengan tiga anak dulu. Saya mahu berikan yang terbaik kepada mereka termasuk pendidikan. Kalau ada anak ramai tetapi tak mampu nak membahagiakan mereka pun tak seronok juga," kata Che Ta.

Dalam hal ini, Che Ta tahu peminat dan suaminya juga mengimpikan anak kedua darinya namun bagi Che Ta, beliau masih belum bersedia untuk menambah bilangan anak.

Nampaknya melepas semua nak tengok anak kedua Che Ta dengan Zain. Harap-harap lepas ini, Che Ta terbuka hati untuk hamil lagi.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: