27 October 2017

GOSIP DENGAN 'DATUK': "TERBUKA BERKAWAN, TAK PANDANG STATUS"- EMMA MAEMBONG


"Sebagai manusia, saya berhak menjalin persahabatan dengan mana-mana pihak. Memandangkan saya sudah solo, jadi saya bersedia membuka hati untuk berkawan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi," kata pelakon Emma Maembong yang terpalit dengan 'gosip cinta' membabitkan ahli perniagaan.





Bagaimanapun cerita hubungan 'rapat' dengan ahli perniagaan bergelar 'Datuk' itu nampaknya tidak disenangi peminat.

Ramai mula berpendapat hubungannya dengan pelakon Kamal Adli putus kerana Emma memandang status 'rakan barunya' itu.

Selain itu, ada juga membangkitkan hubungan Emma dan Zizan suatu ketika dulu dengan meletakkan kesalahan ke atas Emma.

"Rasanya, saya sudah berterus terang yang saya tidak terikat dengan sesiapa buat masa ini. Jadi, saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja. Saya tidak memandang status atau paras rupa, namun budi pekerti saja.

Klik untuk gambar besar


"Tidak perlu untuk mensensasikan perkara ini kerana ia memberi impak negatif kepada saya yang baru putus cinta," jelasnya.

Belum pun reda kontroversi hubungan Emma dan Kamal yang turut melibatkan aktres Zahirah Macwilson, terdengar pula khabar angin baru mengenai hubungan 'rapat' diantara Emma dengan seorang ahli perniagaan.

Hubungan itu mula tersebar hingga ada berita mengatakan ahli perniagaan yang dikenali, Datuk Salim Rahman itu bakal melamar Emma.



Bagaimanapun ia dinafikan oleh Salim yang mengatakan beliau mengenali Emma beberapa bulan lalu melalui abang ipar pelakon terbabit.

"Saya rapat dengan dia dan keluarganya boleh dikatakan seperti 'family friend' dan mengenali dia daripada abang iparnya. Namun belum ada hubungan istimewa jauh lagi sudah melamar dia seperti di dakwa.

"Kami tidak pernah keluar berdua, jika keluar pun secara beramai-ramai dengan ahli keluarga lain atau dengan kawan-kawan yang rapat," tutur Salim mengenai hubungan rapat denagn pelakon tersebut.

Malah jika perasan, sebelum ini Emma ada memuatnaik sekeping gambar mereka berdua di Instagram ketika karnival Mood Republik Tour di Sabah. Pastinya berita ini menambah kekeliruan peminat.



Terdahulu Emma terbuka memberitahu hubungannya dengan Kamal sudah putus kerana kehadiran orang ketiga, Zahirah.

Manakala semalam pula Zahirah tampil mendedahkan perbualannya bersama Kamal menerusi Whatsapp, di mana Kamal didakwa mereka cerita mengenai hubungan mereka di depan Emma.

Apapun kalau sudah tiada jodoh, nak buat macam mana. Tetapi rasanya jangan terlalu cepat untuk mencari pengganti kepada cinta lama, takut yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: