31 October 2017

GOSIP HAMIL - LAUDYA CYNTHIA BELLA TAMPIL JAWAB


Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang baru sebulan bernikah dengan Engku Emran pada 8 September lalu, kini dikhabarkan sudah hamil.





'Detik Hot' telah mendapatkan kenyataannya ketika berkunjung ke kedai kek Bella iaitu 'Bebelly Bakery' yang terletak di Jakarta semalam.

Bella yang tidak mahu menidakkan pertanyaan itu hanya meminta agar mendoakan yang terbaik untuknya.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, amin.. Belum lagi. Itu (hamil) doa untuk saya. Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan," ujarnya.

Pelakon 'Syurga Yang Tak Dirindukan' itu tidak berniat mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat Laudya.








www.myartis.com / Sumber: Detik Hot


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: