31 October 2017

ANAK MELENCUR TAHAP 2 - HARRIS BABA & ISTERI BUAT LAPORAN POLIS


Anak sulung kepada penyanyi dan pelakon Harris Baba iaitu Aleena Zeya telah mengalami melencur tahap dua di muka dan tangan selepas ditimpa penutup lampu panas.





Isteri Harris, Nik Naziha Zawawi, menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya memberitahu kejadian tersebut berlaku di butik jenama antarabangsa, Louis Vuitton di pusat membeli belah The Gardens, kelmarin (Ahad).

Nik Naziha turut meluahkan rasa sedih dan ralat kerana anaknya menjadi mangsa kecuaian pihak lain.

Menurut Nik Naziha, Aleena mengalami melecur tahap dua di kedua-dua belah tangan dan bahagian muka.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, dia dan suami bersyukur penutup lampu tersebut tidak terkena pada bahagian mata yang mungkin boleh menyebabkan Aleena buta.

Serentak dengan itu, Harris juga turut memuatnaik entri yang sama di laman sosial IGnya.

Mereka juga telah membuat laporan polis dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap butik tersebut.

Kami doakan semoga anak Harris dan Nik Naziha ini cepat sembuh dan pulih dari kecederaan tersebut.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: