31 October 2017

PERKAHWINAN DIBATALKAN: "KEPUTUSAN TAK MUDAH" - HANS ISAAC


Desas desus tentang pergolakan dan krisis hubungan antara Hans Isaac dengan tunangnya, Gabriella Robinson sebelum ini menjadi topik hangat.





Untuk makluman, Hans dan Gabrielle yang juga seorang model sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu dan ditunda kepada tarikh yang tidak dimaklumkan.

Bagaimanapun, pelakon berusia 46 tahun itu tampil dengan berita mengejutkan apabila menyatakan bahawa dia kini terpaksa membatalkan perkahwinan.

Hans menerusi kenyataan ringkas memberitahu keputusan dibuatnya setelah berfikir panjang selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu.

Klik untuk gambar besar


"Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Januari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

"Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, Hans memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan mendoakan terbaik buatnya.

Sementara itu, menerusi laman Instagram pada semalam, Hans memuatnaik status peribahasa dalam Bahasa Inggeris iaitu 'Never Doubt Your Instinct' (tidak meragui naluri anda).



Manakala kapsyen pula tulis 'A leopard will never change HER spots ! Time to move on' (Harimau Bintang tidak akan bertukar bintiknya! masa untuk teruskan hidup).

Tidak pasti ia ditujukan kepada sesiapa namun berdasarkan kepada komen yang dikongsi oleh pengikutnya, ia seolah-olah menggambarkan mengenai status hubungannya itu.

Sekitar Ogos lalu, Hans menolak khabar angin pertunangannya dengan Gabrielle sudah berakhir selepas kedua-dua mereka menghapuskan gambar-gambar bersama di Instagram.

Apapun, kami harap Hans bertabah dengan dugaan ini dan jika sudah sampai jodoh nanti, tidak ke mana juga.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: