31 October 2017

VIDEO - AKSI SITI NURHALIZA BERKERUSI RODA CURI TUMPUAN


"Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda... #suamipecutmacamferrarri," demikian kata Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, menerusi memuatnaik video dimana suaminya, Datuk Seri Khalid menolak kerusi roda yang dinaikinya di sebuah pusat beli belah.





Penyanyi terkenal yang kini hamil hampir lima bulan semakin tidak mampu untuk berjalan jauh sehingga terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda.

Video tersebut telah menarik minat lebih 860,000 penonton dan lebih 3,000 komen ditinggalkan daripada pengikut laman Instagramnya.

Rata-rata peminat Siti faham dengan keadaannya dan ada juga berkongsi pengalaman yang sama ketika mereka sedang mengandung.

Klik untuk gambar besar


"Sama macam saya dulu. Mengandung cepat mengah sampai suami pimpin. Nak pakai baju pun semput. Semua itu pembawakan bukan mengada. Faham sangat tengok @ctdk kena bawa naik kerusi roda," kata pemilik akaun 'Ratuezza91'.

Selain itu, peminat Siti turut mendoakan semoga beliau dan juga bayi dalam kandungannya agar sihat.

Pada 13 Oktober lalu, Siti menamatkan teka-teki mengenai kehamilannya apbila beliau mengesahkan sedang mengandung empat bulan selepas 11 tahun kahwin.




VIDEO SITI NURHALIZA BERKERUSI RODA



ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: mStar & Siti Nurhaliza IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: