30 October 2017

"MENANTI EMMA SELAGI TERDAYA" - KAMAL TAK KISAH DIHENTAM SYOK SENDIRI


"Saya sanggup buat apa saja demi Emma. Saya sedaya upaya memujuknya dan saya tidak akan berputus asa. Saya sanggup merendahkan diri demi cinta saya kepada Emma.





"Saya sanggup pikul segala bebana perasaan, asalkan Emma maafkan saya. Sekali lagi, saya ingin memohon maaf kepada Emma, keluarga dan peminatnya.

"Saya tahu tindakan saya mengguris hatinya tetapi saya tidak bermaksud mahu mensia-siakan hidupnya. Saya akan menanti Emma selagi terdaya," kata pelakon Kamal Adli yang tidak kisah dirinya dikecam dan tetap tidak berputus asa untuk memujuk Emma Maembong agar menerima beliau semula.

Kontroversi Kamal dan pelakon drama 'Awak Suka Saya Tak?' itu mendapat perhatian yang cukup hangat daripada netizen.

Klik untuk gambar besar


Pelbagai kenyataan yang keluar ada kalanya membuatkan Kamal teruk dihentam dan dikatakan syok sendiri menagih cinta Emma sedangkan pelakon wanita itu sudah memberitahu mereka sekadar kawan sahaja sekarang.

Kalau dah namanya cinta, pasti seseorang itu akan sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk cinta hatinya itu.

Good luck Kamal Adli, buktikan kasih sayang anda kepada Emma dan kalau satu hari nanti sudah berjaya tawan hati Emma lagi, cepat-cepatlah masuk meminang.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: