30 October 2017

KERETA HILANG 7 JAM SEBELUM GV4 - NABIL BUAT LAPORAN POLIS


Malang tak berbau...

Demikian nasib yang menimpa pelawak, pelakon dan pengacara Nabil Ahmad, 34, apabila kereta Toyota jenis Vellfire miliknya hilang kira-kira tujuh jam sebelum memulakan tugas sebagai hos Gegar Vaganza musim keempat (GV4).





Kata Nabil, kereta berwarna putih dengan nombor pendaftaran JRP46 itu hilang ketika dia ke tabika anaknya, Naira Mikayla, 4, di Taman Tun Dr Ismail, untuk menghadiri satu majlis anjuran pihak sekolah itu.

"Kereta hilang semasa saya sekeluarga menghadiri konsert anjuran sekolah anak. Apabila mahu pulang ke rumah dalam pukul 2 petang, kereta yang saya parkir di luar kawasan sekolah sudah hilang.

"Terkejut dan tak sangka kereta saya menjadi sasaran pencuri," ujar Nabil ketika ditemui di belakang pentas pada konsert GV4 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada malam tadi.

Dalam program GV4, Nabil merupakan pengacara bergandingan bersama Jihan Muse yang kini sedang hamil anak sulung hasil perkahwinan dengan pelakon Ungku Hariz.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Nabil memaklumkan sudah membuat satu laporan polis di balai polis Taman Tun Dr. Ismail.

"Satu laporan polis telah dibuat dan semoga kereta saya ditemui semula dalam keadaan baik," katanya yang turut memberitahu bahawa kejadian itu menyebabkan dia pulang ke rumah dihantar oleh pihak polis selepas laporan dibuat.

Namun, Nabil terpaksa melupakan seketika perkara itu kerana perlu mengacara program realiti tersebut yang disiarkan secara langsung.

Difahamkan, ini kejadian kedua menimpa Nabil kerana pada 2013, kereta Mitsubishi Lancer miliknya dipecah masuk ketika dia dan isteri sedang makan malam di sebuah restoran di Sungai Buloh.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: