30 October 2017

JANNA NICK KINI STABIL SELEPAS PARU-PARU DIJANGKITI KUMAN


Pelakon Janna Nick yang dimasukkan ke sebuah hospital akibat paru-paru dijangkiti kuman, kini semakin stabil dan dinasihatkan untuk berehat buat sementara waktu.





"Janna berasa kurang sihat sewaktu ingin mengendalikan sebuah program di Putrajaya pada Khamis lalu. Kemudian dia dirujuk ke hospital sebelum doktor mengesahkan ada jangkitan kuman pada paru-paru Janna”

"Buat masa sekarang keadaannya dilaporkan stabil selain perlu mendapat pemantauan pihak doktor," jelas pengurus Janna, Afeeq Abd. Wahab

Janna yang turut berkongsikan gambar tersebut di laman Instagramnya turut mendapat kiriman doa daripada peminatnya agar cepat sembuh.

Apapun, kami doakan semoga pelakon utama drama 'Dia' ini segera sembuh dan berehatlah secukupnya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: