29 October 2017

HUBUNGAN DENGAN KAMAL - EMMA NAFI KEMBALI JALIN CINTA, HANYA BERKAWAN


Kehadiran pelakon Emma Maembong pada pusingan akhir program realiti, Super Spontan Supertar itu mencetuskan spekulasi cintanya dan Kamal Adli kembali bertaut.





Namun begitu, Emma tampil menegaskan, kehadirannya pada kemuncak program realiti tersebut malam Jumaat lalu, sekadar memberi sokongan dan bukan bermakna kembali menjalin cinta dengan Kamal.

Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Embong, 25, berkata, kehadirannya itu juga sebagai memenuhi janjinya kepada Kamal untuk memberikan semangat sekiranya dia berjaya melangkah ke final pertandingan itu.

"Saya pernah berjanji dengan Kamal untuk hadir memberikan sokongan sekiranya dia layak ke peringkat akhir. Saya hanya mengotakan janji yang pernah dibuat dulu. Jadi, jangan gaduh-gaduh kerana kami masih berkawan.

Klik untuk gambar besar


"Salahkah kami berkawan biarpun tidak mempunyai hubungan istimewa lagi? Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kita tidak tahu siapa jodoh kita.

"Memandangkan saya masih solo, tiada salah jika saya berkawan dengan sesiapa saja," kata pelakon drama 'Awak Suka Saya Tak?'.

Pelakon kelahiran Terengganu itu turut memuatnaik gambar bersama bekas kekasihnya terdahulu, Zizan Razak untuk membuktikan dia tidak pernah bermusuh dengan mana-mana bekas teman lelakinya.

"Adakah anda jenis yang akan bermusuh bertahun-tahun dengan bekas kekasih dan saling menyekat antara satu sama lain di media sosial? Salahkah kami berkawan biarpun tidak mempunyai hubungan istimewa?," ujarnya.



Terdahulu, Emma membuat kenyataan hubungan cintanya lebih tiga tahun bersama Kamal titik noktah kerana kehadiran orang ketiga iaitu pelakon, Zahirah Macwilson yang bergandingan dengan bekas kekasihnya dalam drama rantaian, 'Duda Pujaan Dara'.

Pendirian Emma itu bagaimanapun, kembali mencetuskan tanda tanya apabila semalam mengakui, kenyataan itu dibuat ketika dia sedang marah dan sakit hati.

Pelakon utama filem 'Kimchi Untuk Awak' itu menegaskan, dia juga tidak berani mengesahkan enggan lagi bersama Kamal kerana soal jodoh adalah ketentuan-Nya.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: