29 October 2017

12 GAMBAR - SELAMAT BERTUNANG, DYNAS NIKAH APRIL 2018


Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar, 34, mengakui bakal mendirikan rumah tangga lagi sekali pada April tahun depan selepas hampir empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal.





Kata Dynas atau nama penuhnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, impian untuk menjadi suri hidup kepada usahawan, Shazrik Din semakin serius apabila mereka selamat melangsungkan majlis pertunangan di kediaman keluarganya di Shah Alam, kelmarin.

"Alhamdulillah, saya lega kerana hubungan kami sejak tiga tahun lalu kini melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu pertunangan. Insya-Allah, tidak lama lagi kami berdua akan melangkah ke gerbang perkahwinan.

Klik untuk gambar besar


"Saya sentiasa berdoa impian untuk memiliki kehidupan berkeluarga yang sempurna seperti wanita lain akan dipermudahkan. Majlis pernikahan kami dijangka berlangsung pada April tahun depan, cuma tarikh belum ditetapkan.

"Keluarga kami merestui hubungan ini. Begitu juga dengan dua anak saya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5. Mereka begitu terbuka dan gembira menerima kehadiran Shazrik," katanya.

Tahniah kami ucapkan dan semoga urusan Dynas dipermudahkan.






















www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: