29 October 2017

"DIA MINTA EMMA SERANG SAMA" - KAMAL : "BUKTI ADA, CAKAPLAH APA" - ZAHIRAH


"Apa membuatkan saya lebih kecewa adalah sehari sebelum dia memuatnaik perbualan WhatsApp di Instagram, dia meminta Emma untuk sama-sama menyerang saya bagi menampakkan saya bersalah.





"Emma sendiri memberitahu saya rancangan Zahirah dan sedar ada benda yang tidak kena. Saya tidak faham mengapa dia perlu merosakkan hubungan kami.

"Saya harap dia berhenti memberi kenyataan yang tidak masuk akal. Pertemuan sebanyak tiga kali dengan dia dan Zul Ariffin cukup menjelaskan kami tidak pernah mempunyai hubungan dan tiada yang perlu diperbesarkan.

"Sepanjang memberi kenyataan kepada media, saya tidak pernah menyebut nama Zahirah. Saya bukan cari kesalahan Zahirah tetapi apa saya beritahu sebelum ini untuk membetulkan cerita sebenar kerana kesannya adalah kepada hubungan kami, dia dan Zul Ariffin masih seperti biasa.

Klik untuk gambar besar


"Kalau nak tunjuk bukti memang banyak tetapi tidak perlu saya buat begitu kerana ia akan menyebabkan isu ini berpanjangan.

"Dia lupa bahawa saya sudah lama dalam industri seni sedangkan dia baru setahun jagung," kata pelakon Kamal Adli mengenai tindakan Zahirah Macwilson sebelum ini menjadi batu api dengan mengajak Emma Maembong menyerang beliau bersama-sama untuk memusnahkan hubungan mereka.

Sementara itu, lain pula ceritanya di laman Instagram Zahirah apabila beliau sempat mengemas kini entri terbarunya.

Kontroversi antara Kamal dan Zahirah namapaknya masih belum reda apabila aktres berkenaan menganggap kenyataan pelakon itu hanya untuk menyelamatkan diri.



Dalam status itu, Zahirah bagaimanapun berkata, dia tidak gentar dan mempunyai bukti yang cukup berkaitan tuduhan aktor tersebut.

"Hi, semuanya berada dalam keadaan baik Alhamdulillah. Saya sudah tahu tentang kenyataan itu dan tidak mengapa.

"Bukti semua sudah ada, dia boleh bercakap apa yang dia mahu. Dah petik nama orang, dia perlu selamatkan diri dia juga," ujarnya menerusi Instagram semalam.

Zahirah mengulas perkara itu ketika ditanya salah seorang pengikut di laman sosial tentang kenyataan Kamal pada malam Jumaat.



Kamal mendakwa kontroversi percintaannya dengan Emma menjadi parah disebabkan Zahirah yang cuba menikam dari belakang sedangkan perkara itu sudah diselesaikan secara baik sebelum ia dilaporkan media.

Kamal berkata, dia sudah situasi sebenar kepada Emma dan teman lelaki Zahirah iaitu Zul Ariffin menerusi tiga pertemuan sebelum ini malah meminta maaf kepada aktor itu sekiranya wujud salah faham.

Sementara itu, Zahirah yang kini berada di Bosnia berharap orang ramai dan netizen tidak menyebelahi mana-mana pihak sehingga menyebabkan pergaduhan di laman sosial.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: