28 October 2017

MENINGGAL DUNIA - NORDIN KILAUAN EMAS 4 SELAMAT DIKEBUMIKAN


Takziah kami ucapkan kepada keluarga bekas finalis Kilauan Emas 4 (2014), Megat Nordin atas pemergian semalam akibat kanser hati.





Nordin yang juga pendikir terkenal Kelantan berusia 56 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam 11.50 pagi di kediaman bapanya di Kampung Kenali, Kubang Kerian.

Presiden Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Anak Kelantan (PAKKAK), Mohamad Aswady Adenan, ketika mengesahkan perkara itu berkata, Allahyarham keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Selasa lalu selepas menjalani pembedahan.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Nordin menderita kanser hati sejak setahun lalu, dengan keadaan perut yang semakin membengkak.

Klik untuk gambar besar


Nordin atau nama sebenarnya Nordin Yusof, hanya mampu terbaring dan keadaannya makin serius sejak awal bulan ini selepas mendapatkan rawatan di negara jiran.

Nordin dimasukkan ke hospital berkenaan menjalani pembedahan 18 Oktober lalu untuk membuang lebihan cecair, namun mengalami komplikasi dan dijadualkan menjalani pembedahan susulan.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Khorunnisa Madiyoh, 48, berkata Allahyarham meninggal dunia pada hari kelahirannya yang ke-56.

"Malam tadi, suami mengadu sakit dan kepenatan sebelum menghembuskan nafaz terakhir. Saya terkejut dan sedih kerana kehilangan suami yang penyayang. Arwah juga disenangi rakan serta peminat," katanya.

Allahyarham Nordin dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenali selepas solat Jumaat semalam.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: