01 November 2017

TAHNIAH - SONG JOONG KI & SONG HYE KYO KINI SAH SUAMI ISTERI


Pasangan kekasih drama 'Descendants Of The Sun' iaitu Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah selamat disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung semalam (31 Oktober 2017).





Majlis tersebut diadakan di Hotel The Shilla di Seoul, Korea Selatan dan dihadiri oleh keluarga serta rakan rapat pasangan berkenaan.

Antara rakan-rakan artis yang telah hadir ialah Lee Kwang Soo, Zo In Sung, Cha Tae Hyun, Park Bo Gum dan rakan-rakan Song Hye Kyo yang turut serta ialah aktres Kim Hee Seon, Song Yoon Ah dan aktor Yoo Ah In.

Selain itu pelakon dari China iaitu Zhang Ziyi juga turut hadir. Tidak ketinggalan ialah ahli program realiti Running Man.

Klik untuk gambar besar


Walaupun perkahwinan itu berlangsung secara tertutup namun beberapa keping gambar dan juga video pasangan ini tular di media sosial.

Gambar dan video tersebut menunjukkan suasana meriah di lokasi majlis perkahwinan itu.

Dalam pada itu, hashtag popular #SongSongCoupleWedding telah menjadi trending dunia di Twitter selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan.



#SongSongCouple merupakan hashtag yang digunakan oleh peminat untuk pasangan itu sejak drama lakonan mereka, 'Descendants Of The Sun' ditayangkan tahun lalu.

Menerusi hashtag tersebut, rata-ratanya memberikan ucapan tahniah dan meluahkan rasa gembira melihat pasangan serasi itu disatukan.

Tahniah diucapkan kepada Song Joong Ki dan Song Hye Kyo atas perkahwinan ini. Semoga ia kekal buat selama-lamanya.




















www.myartis.com / Sumber & foto: Koreaboo, Soompi, @mysongsongcouplezone Instagram


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: