01 November 2017

BAGI ANAK SAMBUT HALLOWEEN - RITA RUDAINI TERIMA KECAMAN


Dek kerana membenarkan anak-anaknya menyambut perayaan 'Halloween', pelakon Rita Rudaini telah menerima kecaman dari segelintir warga laman sosial yang kurang senang melihat meskipun atas tujuan untuk berseronok.





Menerusi satu perkongsian Rita di Instagram, beliau turut menghiasi rumah dengan labu-labu yang diukir, gula-gula untuk 'Trick or Treat' serta gambar anaknya Arjuna sebagai drakula si penghisap darah yang menyeramkan.

Melalui beberapa komen di Instagram Rita ,ada yang kelihatan cukup marah selain mempersoalkan mengapa tidak terus diletakkan salib apabila melihatkan gambar sambutan Halloween tersebut.

Klik untuk gambar besar


Menurut penjelasan Rita dalam gambar-gambar yang dimuatnaik, aktiviti tersebut merupakan aktiviti kejiranan kawasan tempat tinggal Rita.

Meskipun dikecam, masih ada lagi yang mempertahankan serta menyokong Rita dan menasihatkan aktres itu tidak mengambil peduli akan tanggapan orang lain.

Jadi apa pendapat anda tentang segelintir selebriti yang menyambut ketibaan Halloween?














www.myartis.com / Sumber: Rita Rudaini IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: