01 November 2017

SUKAR BERNAFAS AKIBAT PARU-PARU BERAIR - AZMIL KINI DIRAWAT


"Bapa mengalami masalah jantung sejak setahun lalu tetapi keadaannya baik. Namun, kali ini, mungkin sakit datang semula. Saya tak pasti.





"Saya harap keadaannya baik-baik dan minta semua mendoakan kesihatannya," kata anak sulung bintang filem era 1980-an, Azmil Mustapha iaitu Shamira yang mengesahkan bapanya dimasukkan ke wad.

Difahamkan, Azmil dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kelmarin selepas dilaporkan sukar bernafas akibat paru-paru berair.

Awal tahun lalu, Azmil yang terkenal menerusi filem 'Ali Setan', dilaporkan kritikal akibat masalah jantung dan dirawat di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan pelakon yang membintangi 13 filem sepanjang dua dekad itu kembali stabil.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: