02 November 2017

ATTAR 4 TAHUN BELUM PANDAI CAKAP - WAWA LUAHKAN KERISAUAN


Masalah yang agak serupa dengan pasangan Awal Ashaari dan Scha al-Yahya yang turut dihadapi oleh Wawa Zainal dan juga suaminya, Aeril Zafrel.





Menerusi laman Instagram, Wawa ada menyuarakan kerisauannya terhadap anak lelaki sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar yang masih belum boleh bercakap dan hanya mampu menyebut empat patah perkataan sahaja.

Pada masa sama, Wawa juga sempat bertanyakan pendapat serta pengalaman daripada peminatnya yang mungkin turut mempunyai masalah yang serupa.

Ruangan komen yang dipenuhi lebih daripada 700 komen itu turut mencadangan pasangan terbabit berjumpa pakar supaya dapat mengetahui masalah yang melanda anaknya.

Klik untuk gambar besar


Ada juga yang menasihati pasangan itu supaya lebihkan masa bercakap dengan anak-anak supaya mereka dapat berinteraksi dan lebih kerap bercakap.

Ibu bapa mana yang tidak risau sekiranya anak mereka tidak petah berbicara. Apapun, semoga Wawa dan suaminya tabah menghadapi dugaan ini, dan bertawakal mencari jalan penyelesaian.

Kami harap Wawa dan Aeril selalu fikirkan perkara positif, mungkin ada hikmah disebalik ujian yang sedang hadapi.

Terdahulu, Awal dan isterinya juga menghadapi masalah sama, dimana anak perempuannya, Lara Alana mempunyai masalah lambat bercakap.












www.myartis.com / Sumber: Wawa Zainal IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: