02 November 2017

'LAYAN' HAZAMI GV4 BEGITU - NABIL KENA KECAM & DITEGUR


Sekali lagi, pengacara Gegar Vaganza 4 (GV4) iaitu Nabil Ahmad menerima kecaman serta teguran dari netizen kerana menjadikan penyanyi Hazami sebagai bahan gurauan kasarnya baru-baru ini ketika siaran langsung GV4 hujung minggu lalu.





Setelah tamat membuat persembahan, Nabil telah melakukan aksi yang kurang selesa terhadap Hazami dimana beliau memegang bahagian leher penyanyi tersebut ketika juri sedang memberikan komen.

Menurut salah satu netizen di ruangan komen, perlakuan Nabil itu seolah-olah seperti gangguan seksual sehinggakan Hazami bertindak memarahinya pada saat itu.

Dalam pada itu, metizen menyifatkan tindakan Nabil itu sangat biadap dan tidak profesional sebagai pengacara.

Klik untuk gambar besar


Ini bukan kali pertama gurauan kasar Nabil dikecam netizen dan mengundang rasa tidak selesa orang ramai.

Bukan semua perkara kita boleh bawa bergurau apatah lagi akan sesuatu isu yang sensitif dan melakukan aksi kurang sopan di khalayak ramai.

Harapnya Nabil dapat kurangkan sikit lawak terlampaunya itu dan lebih menghormati artis senior.










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: