"Alhamdulillah ❤️. Semoga dipermudahkan.. #umrah," demikian tulis penyanyi Marsha Milan yang kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama suami tercinta, Mohamed Shaiful Nizam.

Perkara tersebut dikongsikan oleh bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.
Rata-rata peminat Marsha mendoakan agar segala urusan penyanyi ini dan suami dipermudahkan sepanjang menjalankan umrah.
Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ada juga peminat yang turut berdoa agar Marsha terus berhijab selepas menunaikan umrah.
Sudah tertulis rezeki Marsha dijemput oleh Allah SWT untuk ke tanah suci walaupun baru sahaja memeluk Islam beberapa tahun yang lalu.
Semoga segala urusan Marsha dan suami di Tanah Suci dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

www.myartis.com / Sumber: Marsha Milan IG
________________________

No comments:
Post a Comment