13 October 2017

HAFIZ HAMIDUN FAIL CERAI: "SEOLAH DIA MENGAKU PERKAHWINAN INI SAH" - JOY


"Syukur, dia dah failkan penceraian terhadap saya. Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal.





"Apa guna kalau bergelar suami-isteri sedangkan tiada lagi perasaan sayang itu. Cukuplah! Ini pengajaran untuk saya.

"Secara peribadi dia bukan seorang suami yang bertanggungjawab. Dia sepatutnya berada di sisi saya, bukannya melarikan diri apabila timbul isu begini.

"Saya tak mahu ulas mengenai soal hubungan kami sebagai suami dan isteri kerana ia hanya akan memalukan dia," kata usahwan kosmetik, Joy Revfa dalam satu sidang media yang berlangsung petang semalam.

Dalam satu sidang media tersebut, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin datang bersama penguam, kakak dan ibunya untuk menjawab persoalan orang ramai tentang status perkahwinan beliau dengan penyanyi itu.

Klik untuk gambar besar


Joy yang berlinang air mata ketika sidang media berlangsung berkata perkahwinan beliau dengan Hafiz lebih didorong oleh ibunya yang menganggap lelaki sebagai beragama, baik dan boleh jadi suami yang baik.

"Kalau ikutkan saya, Hafiz Hamidun bukan taste saya," ujar Joy yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Datuk Ray Imran atau nama sebenarnya Mohd Rayos Abdul Rahim.

Dalam masa sama, Joy juga turut memmberitahu bahawa Hafiz sebenarnya tidak layak untuk bergelar suami beliau mahu pun bapa kepada anaknya kerana tidak mampu memberikan nafkah batin seperti lelaki lain.

Pada perkembangan lain, ketika Joy melakukan sidang media, Hafiz terlebih awal memfailkan permohonan cerainya terhadap Joy di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya melalui peguamnya Zulkifli Yong Azmi.



Dalam permohonan cerai itu, Hafiz menyenaraikan enam sebab kenapa dia mahu menamatkan perkahwinan berkenaan yang selama ini diragui.

Katanya, perceraian tersebut adalah disebabkan beberapa perkara antaranya sudah tidak wujud persefahaman pihaknya bagi meneruskan kehidupan berumah tangga.

Selain itu, sudah tiada mawaddah atau kasih sayang dan rahmat dalam rumah tangga mereka berdua.

Hafiz turut menyatakan, Joy selaku defendan sering mengaibkan nasihat plantif sebagai seorang suami dengan melawan dan mengingkar segala suruhan dan kata-katanya.



Dalam permohonan itu, Hafiz berkata, Joy juga sering menjatuhkan maruahnya, imej dan reputasinya sebagai seorang suami.

Defendan menyusahkan Plantif selepas pernikahan kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami Defendan yang mana telah menyebabkan status perceraian mereka telah diselesaikan pada 10 Oktober 2017.

Joy yang mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu itu diminta hadir ke mahkamah syariah berkenaan pada 25 Oktober ini.

Dalam pada itu, Joy yang berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu itu bersyukur tindakan suaminya menfailkan cerai terhadapnya.



Pada Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan perceraian Joy dengan Mohd Rayos Abdul Rahim suami perkahwinan pertamanya disahkan jatuh dengan talak satu dua tahun lalu.

Konflik rumah tangga Joy dan Hafiz tercetus selepas penyanyi itu ragu-ragu dengan status perkahwinan mereka apabila Joy gagal menyerahkan sijil perceraian perkahwinan pertamanya.

Pada Ogos lalu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari.

Menerusi sidang media sama, Joy antara lain berkata, jika Hafiz memfailkan perceraian itu, ia seolah-olah menampakkan dia mengaku perkahwinannya yang diragui selama ini sah.

"Kenapa dia memfailkan perceraian, ini bermakna dia mengakulah saya ni isteri dia, sedangkan kami masih menunggu lagi keputusan kes faraq," katanya.
















www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: