14 October 2017

11 TAHUN BERSABAR - SITI NURHALIZA SAHKAN HAMIL 4 BULAN


"Saya melalui fasa dan tempoh tertentu, saya dah suami mencapai kata sepakat untuk mengumumkan kepada anda semua bahawa saya hamil empat bulan.





"Alhamdulillah, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukur dan gembiranya kerana Allah memberikan kurniaan yang terlalu agung ini.

"Selepas 11 tahun kami bersabar, inilah juga sebab menjadi utama mengapa saya memilih untuk berehat kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya," jelas penyanyi terkenal, Dato' Siti Nurhaliza yang mengumumkan berita gembira di laman Instagramnya.

Malam semalam, Siti telah mengumumkan berita kehamilan dalam satu sidang media yang diadakan selepas majlis doa selamat dan kesyukuran di kediamannya di Bukit Antarabangsa. Pengumuman tersebut turut disiarkan secara 'live' menerusi Facebook.

"Selama empat bulan menyepi banyak berita dan spekulasi yang timbul mengenai diri saya. Namun saya tetap mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tidak ada sebab lain, melainkan saya ingin menjaga kehamilan peringkat pertama.

Klik untuk gambar besar


"Apabila disahkan hamil, saya mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada kandungan. Lagi pula ini penantian saya dan suami selama 11 tahun.

"Jadi, saya fikir biarlah berehat daripada menyanyi dahulu. InsyaAllah selepas ini saya boleh fokus semula," ujarnya.

Dalam masa sama, Siti menjelaskan bahawa selain menjalani rawatan, dia dan juga suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) sememangnya sentiasa berusaha mendapatkan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.

"Diakui, ini percubaan saya yang ke beberapa kali. Alhamdulillah, kali ini Allah berikan saya rezeki ini. Ini cahaya mata yang saya impikan selama ini. Selama empat bulan saya berdiam diri dalam bilik.



Dengan perjelasan yang telah terungkai tersebut, Siti berharap tiada lagi spekulasi yang timbul selepas ini.

"Saya berterima kasih kepada semua peminat yang tidak berhenti mendoakan kesejahteraan dan kesihatan. Saya berharap penjelasan ini dapat merungkai segala persoalan.

"Diharap tidak ada lagi sebarang spekulasi timbul. Apa pun, doakan semoga semuanya selamat dan berjalan lancar," katanya.

Apa yang penting buat Siti ketika ini adalah menjaga keselamatan diri dan juga kandungan dan kami doakan semoga segalanya dipermudahkan.














www.myartis.com / Sumber: Siti Nurhaliza IG & FB


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: