14 October 2017

JOY REVFA ADAKAN SIDANG MEDIA - AZWAN ALI PERSOALKAN


Kita semua sedia maklum mengenai kemelut rumahtangga yang melanda penyanyi Hafiz Hamidun dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin.





Perkara tersebut telah mendapat perhatian ramai pihak, termasuklah pelakon dan pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih mesra atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Melalui satu status di laman Instagram, Diva AA telah mempersoalkan tindakan Joy yang mengadakan sidang media tentang Hafiz baru-baru ini.

"Apa masalah pompuan ni? Tak berabih angkut satu famili? For a suckings PC? Benda celah bedah agak agak menyalakkkk!

"Saja wonder? Masa mak ko main dgn bapak ko? Puas tak? #Puiii. Melampau lampau! Bagi betis nak paha? #GotoHelllll," tulis Diva AA di IGnya.

Klik untuk gambar besar


Status itu disambut oleh pengikutnya yang juga menyatakan rasa kesal mereka kerana berita mengenai sidang media itu mengganggu mereka sejak pagi kelmarin.

Dalam sidang media itu, Joy mendakwa bersetuju jika diceraikan oleh Hafiz yang dinikahi 1 Mei lalu kerana Hafiz tidak mampu memberi nafkah batin.

Terdahulu, Hafiz memfailkan perceraian terhadap Joy di Mahkamah Syariah Subang Bestari dan dokumen saman itu diserahkan kepada peguam syarie yang mewakili Joy semasa sidang media yang dilaksanakan wanita itu kelmarin.

Pengakuan Joy di sidang media itu mengenai nafkah batin yang gagal diberikan Hafiz sedikit sebanyak buatkan ramai orang terkejut.



Tidak dinafikan bila sebut sahaja pasal nafkah batin, pasti akan memikirkan hubungan 'bersama' diantara suami isteri.

Menyedari dirinya dihentam teruk kerana membuka aib suami, Joy menerusi laman Instagramnya telah tampil menjelaskan maksud 'batin'.

Kata Joy, nafkah 'batin' itu bukan sekadar berseronok di atas katil tetapi ia merangkumi segala aspek.

Apapun, kita doakan semoga urusan Joy dan Hafiz ini dipermudahkan.












www.myartis.com / Sumber: Azwan Ali IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: