14 October 2017

TOHMAHAN & PENDEDAHAN: "KAMI SABAR & TERUSKAN HIDUP" - HAFIZ HAMIDUN


"Saya dan keluarga gembira seperti tiada apa-apa. Tiada sebab untuk saya terkesan atau terhina dengan perkara itu.





"Ahli keluarga pun menyokong saya seratus peratus, kami sabar dan teruskan hidup seperti biasa sahaja," ujar penyanyi Hafiz Hamidun, 33, yang akui jiwanya ketika ini sentiasa tenang, gembira dan mampu meneruskan hidup seperti biasa bersama ahli keluarganya.

Segala tohmahan dan cerita kurang enak mengenai dirinya yang hangat diperkatakan termasuklah pendedahan dibuat usahawan kosmetik, Joy Revfa baru-baru ini tidak sedikit pun memberi kesan kepada Hafiz mahupun keluarganya.

Hafiz diminta mengulas mengenai sidang media dibuat isterinya, Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, kelmarin yang antara lain mendedahkan dia suami yang tidak bertanggugjawab termasuklah gagal memberi nafkah 'batin'.

Klik untuk gambar besar


Dalam sidang media itu, Joy mahu menjelaskan perkahwinannya dengan Hafiz yang diragui selama ini adalah sah.

Ia selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa lalu mengesahkan perceraiannya dengan suami pada perkahwinan pertamanya iaitu Datuk Mohd Rayos Abdul Rahim (Datuk Ray Imran) telah jatuh talak satu yang berlaku dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia dan ahli keluarganya tidak mengambil pusing mengenai apa yang dilakukan oleh Joy itu.

Malah dia memberi amaran kepada Joy dan sesiapa saja agar tidak terus mengaitkan namanya lagi pada masa hadapan.



"Sekarang saya sudah ada peguam, saya tak boleh buat apa-apa kenyataan kepada orang ramai.

"Tapi saya nak bagi amaran, kalau ada sebarang kenyataan, kiasan atau apa sahaja fitnah melibatkan saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," jelasnya.

Untuk makluman, Hafiz dan Joy diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Hasil perkahwinan terdahulu, Joy dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: