15 October 2017

FALISHA CROSSLEY SELAMAT LAHIRKAN PUTERI SULUNG


Tahniah kami ucapkan buat pelakon Falisha Crossley, 31, yang telah selamat melahirkan anak sulungnya iaitu seorang perempuan pada pukul 4.11 petang pada 6 Oktober lalu (Jumaat).





Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Falisha menerusi laman Instagram miliknya sambil meluahkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata.

Menurut Falisha, dia memilih nama 'Nur Raysha Mikhayla' untuk anaknya yang merupakan gabungan namanya dan juga suami, Mohamad Rafiq, 32.

"Alhamdulillah, Nur Raysha Mikhayla Bt Mohamad Rafiq. Nur - cahaya, Raysha - gabungan nama mummy dan daddy Rafiq + Falisha yang membawa maksud puteri/pemimpin. Mikhayla - anugerah Allah. Lahir Jumaat, 6 Oktober 2017, 4.11 petang, 3.25 kilogram

Klik untuk gambar besar


"Semoga menjadi anak yg solehah, taat perintah Allah, akhlak terpuji, dengar cakap sayang mummy daddy dan cahaya penyeri hidup semuaa orang... Amin," tulis pelakon yang memegang watak Ariana dalam 'Dia Semanis Honey' di IGnya.

Ruangan komen pada gambar tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan Falisha serta bayinya dalam keadaan sihat.

Terdahulu, Falisha dan Rafiq yang merupakan seorang juruterbang mengikat tali pertunangan pada 27 Ogos tahun lalu.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka pada 2 Januari di Masjid Darul Hana, Kuching selepas genap setahun menjalinkan hubungan cinta.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: