15 October 2017

SITI NURHALIZA ENGGAN BERENGGANG LAMA - DATUK K IDAM 'BABY GIRL'


"Penantian kami memang lama. Cuma, paling penting cahaya mata buat Siti kerana dia belum melalui pengalaman itu.





"Memandangkan saya sudah ada empat anak lelaki, jadi saya mengimpikan anak perempuan pula," demikian kata Datuk K, suami kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Berita kehamilan yang diumumkan oleh Siti kelmarin, rata-rata menggembirakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi suami tercinta.

Dalam masa sama, Datuk K atau nama penuhnya Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa sempat berkongsi kerenah Siti sepanjang hamil.

Katanya, setakat Siti tidak mempunyai sebarang alahan yang teruk tetapi beliau tidak boleh berenggang lama dengannya.

Klik untuk gambar besar


"Sepanjang kehamilan ini, Siti tidak banyak kerenah. Cuma, dia tidak boleh berpisah lama dengan saya.

"Kalau 4 petang belum pulang rumah, dia akan mesej dan bertanya. Ketika menunaikan haji dan ke London tempoh hari, dia gelisah," ujar Datuk K.

Menerusi sidang media yang diadakan kelmarin, Siti turut membuat pengakuan bahawa beliau ada menjalani rawatan kesuburan beberapa kali di sebuah pusat rawatan.

Buat Siti, semoga kehamilan ini diberikan kesihatan yang baik buat ibu dan juga anak yang dikandung.










www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: