15 October 2017

TAK TERAGAK SAMAN - HAFIZ HAMIDUN AKUI JOY MENYUSAHKAN SELEPAS NIKAH


Nampaknya kisah antara usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan penyanyi Hafiz Hamidun masih belum lagi selesai sehingga ke hari ini.





Melalui satu kenyataan baru-baru ini, Hafiz mengakui bahawa kehidupannya berubah selain Joy juga mengingkarinya dan turut menjatuhkan reputasinya di laman sosial.

"Joy juga menyusahkan saya selepas bernikah kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami yang menyebabkan status penceraian mereka hanya selesai 10 Oktober lalu," katanya.

Tambah Hafiz, dia enggan melayan segala kenyataan yang dikeluarkan oleh Joy di laman sosial.

Malah beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman sekiranya Joy masih terus mengeluarkan kenyataan negatif terhadapnya.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: